Monday, 1 April 2013

La Fleur SAMSUNG

Annyeonghaseyo Kpopers sekalian...

Comel la telefon La Fleur ni.. Mayesa minat sangat!!

Assalamualaikum semua..
Hari ni Mayesa nak kongsi kan cerita tentang telefon yang comel2 diatas ni 
La Fleur
Untuk pengetahuan u guys semua, telefon La Fleur ni merupakan salah satu telefon pintar keluaran syarikat SAMSUNG.. Comelkan?? tentu semua orang kenal dengan jenama SAMSUNG.. jenama yang berkualiti dan mampu dibeli..harga yang berpatutan..tak mencekik darah orang.

La Fleur ni direka dan dicipta khas untuk kaum Hawa macam kita semua ni.. tengok je la design dia..floral, warna yang lembut - Garnet Red. Sememangnya menampakkan ciri-ciri wanita yang feminin..

selain daripada design luaran, aplikasinya juga merangkumi kehidupan seharian wanita.Antaranya:
~>photo editing applications
~>Beauty Tools- Modiface makeup 
    => membolehkan para wanita mencipta virtual makeovers dimana sahaja mereka berada
    => membantu membuat keputusan yang betul ketika membeli solekan dan kosmetik 
~>Natural Beauty Tips
    =>aplikasi yang memuatkan petua-petua kecantikan dengan menggunakan bahan2 organik a.k.a  natural fresh ingredients.
~>MyFitnessPal
    => Aplikasi yang membantu wanita menjaga diet dan pemakananya disamping mengekalkan bentuk badan..

How?? Daebak kan??  ada banyak lagi aplikasi yang menarik..tapi...setakat ni..aplikasi ni sajalah yang Mayesa dapat cari.. btw...hope u guys u guys yang dah beli phone ni..kongsi2 la sikit cerita pasal phone korang..kan sharing is caring? 


No comments:

Post a Comment